Selamat Datang ke Laman Web Facestudio. Terima Kasih kerana melayari laman ini.

Selamat Datang

Selamat datang ke laman web rasmi Facestudio. Terima kasih kerana melawat web kami.

PERPUSTAKAAN MAYA FACESTUDIO

BERITA BAIK BUAT ULAT BUKU. FACESTUDIO MENYEDIAKAN MEDIUM TERBAIK MEMBACA DIATAS TALIAN Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

Friday, 15 March 2013

Assalamualaikum- Maaf

Assalamualaikum . Pihak Facestudio memohon maaf kerana tidak dapat MengUpdate website ini kerana semua admin sibuk belajar.

InsyaAllah kami akan perbaiki dari semasa ke semasa.

Maklum Balas memang kami harapkan .

Thursday, 13 December 2012

(VIDEO) Deita kita.. Mereka Ustaz Azhar.

Buat pertama kalinya Ust Azhar Idrus berpuisi, khas sempena program Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam Kelantan yang telah diadakan pada 1 Disember 2012 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan dihadiri oleh kira-kira 20 000 hadirin.


Wednesday, 24 October 2012

HARI RAYA AIDILADHA

SEJARAH AWAL IBADAH INI

            Kisah Nabi Ibrahim A.S Pada suatu hari Nabi Ibrahim telah bermimpi bahawa Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan anaknya Ismail. Siti Hajar berkata “Mungkin mimpimu itu mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti. Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata pada bapanya, “Ayahku. sekiranya ini adalah wahyu daripada Allah S.W.T, Aku rela diriku ini disembelih.” Setelah persetujuan dicapai sebulat suara, keesokan harinya Nabi Ibrahim membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Kisah Nabi Ibrahim akan menyembelih anaknya Ismail, telah diketahui oleh orang ramai. Hal ini membuatkan orang ramai menjadi takut sehingga ada yang bersuara “Nampaknya Nabi Ibrahim sudah gila hingga mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, pasti kita pula dibunuhnya.” Walaupun banyak tuduhan yang diterimanya, Nabi Ibrahim tetap menunaikan perintah yang disuruh oleh Allah S.W.T. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai di tempat yang hendak dituju, berkatalah Ismail “Wahai Ayahku, aku rasa cara yang terbaik untuk menyembelihku adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelengkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Tetapi ayah mesti tahu arah pedang yang tajam harus tepat kena pada leherku nanti.” Kemudian, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah dari Allah S.W.T. Baginda lalu mengucapkan kalimah atas nama Allah dan memancung pedangnya pada leher Ismail. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim menggigil dan menggeletar lalu dibuka matanya semula. Alangkah terkejutnya baginda apabila mendapati yang disembelihnya adalah seekor kibas dan bukan anaknya sendiri. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Allah kerana mendapat kekuatan untuk melaksanakan perintah dan amanat Allah S.W.T. Dan inilah asal permulaan sunnah berqorban yang dilakukan oleh semua umat islam pada setiap Hari Raya Adha di seluruh dunia. Semoga kita dapat menghayati makna sebenar amalan qorban yang kita lakukan selama ini.





Sunday, 23 September 2012

VIDEO 1 MURID 1SUKAN

Friday, 21 September 2012

FaceStudio Karnival Sukan

Assalamualaikum,

FaceStudio akan melakukan